ucap

Sunday 1 July 2012

BAB 5: INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) MAKSUD IKS - Perniagaan yang mempunyai pusing ganti jualan tahunan tidak melebihi 25 juta, - pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang - Ekuiti syarikat dipegang oleh rakyat Malaysia 60% dan tidak lebih 25% ekuiti dipegang oleh syarikat besar tempatan. CIRI-CIRI IKS Jenis Keluaran - Mengeluarkan hampir semua jenis barang keperluan pengguna seperti tekstil, perabot, barang plastik, makanan daln lain-lain Organisasi - Mudah, kurang formal, kurang pengkhususan kerja Modal - Kurang RM2.5juta , diperolehi melalui simpanan sendiri Lokasi - Terdapat dimerata tempat seperti bandar, pinggir bandar dan luar bandar Pekerja -Kurang terlatih, kurang pendidikan, secara sambilan terdiri dari penduduk tempatan Teknologi -Berintensifkan buruh, menggunakan mesin mekanikal dan tradisional KEGIATAN IKS ► Berasaskan sumber seperti kraf tangan dan makanan ► Berasaskan logam barangan logam seperti alat ganti kereta ► Berasaskan plastik berasaskan bahan petrokimia seperti barang plastik ► Komponen automatif membuat komponen kereta seperti bateri, kusyen ►Pemprosesan makanan makanan ringan dan awet seperti sos, biskut ►Komponen eletrik dan eletronik komponen letrik seperti suis, wayar dan lain-lain ►Pembuatan lain kimia dan farmaseutikal KEPENTINGAN IKS Kepada Masyarakat ▪ Berpeluang menceburi bidang perusahaan ▪ Berpeluang menggunakan kebolehan, daya cipta dan kreativiti ▪ Mewujudkan peluang pekerjaan ▪ Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat Kepada Negara ▪ Mengurangkan pengangguran ▪ Meningkatkan tabungan ekonomi negara ▪ Pengagihan pendapatan negara ▪ Latihan kepada pekerja dan pengusaha ▪ Mengukuhkan struktur asas industri negara ▪ Mengurangkan import barang pengguna KAITAN IKS DENGAN INDUSTRI BERAT 1.Pemasaran Bersepadu - Berasaskan konsep payung - 75% keluaran IKS dijual kepada firma besar 2. Pengaturan Kontrak Khas -Firma kecil berjanji membekalkan keluaran kepada firma besar dengan syarat memenuhi kriteria yang ditetapkan 3. Subkontrak - Melalui skim vendor yang diwujudkan oleh industri berat - IKS menghasilkan barang khusus untuk keperluan firma besar - IKS mesti memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh firma besar - Firma besar akan membiayai semua perbelanjaan seperti memberi kredit, kemudahan pengangkutan dan pembelian bahan mentah. MASALAH IKS 1) Modal dan pembiayaan 2) Produktiviti dan teknologi rendah 3) Kekurangan bahan mentah 4) Pemasaran 5) Pengurusan 6) Lokasi 7) Hubung jalin dengan industri berat CARA MENGATASI MASALAH IKS 1) Program Rantaian Industri 2) Program Bantuan Kewangan 3) Pembangunan Pemasaran 4) Program Pembangunan dan Peningkatan Kemahiran 5) Program Pembangunan Infrastruktur 6) Program Penyelidikan dan Pembangunan

No comments:

Post a Comment